Tuesday, July 12, 2011

INFO KHAS BUAT PEMANCING JENGGO

By bro Ramlee Abd Wahab

INFO KHAS BUAT PEMANCING JENGGO

Udang galah alias jenggo merupakan spesis pemangsa yg sentiasa menjadi idaman kaki2 pancing. Memancing jenggo ini sebenarnya memerlukan ketelitian, kesabaran dan keseniannya yg tersendiri. Biasanya jenggo lebih mudah dipancing dgn menggunakan sampan atau perahu disbbkan mudah untuk beralih tempat dan mencari lubuk. Malangnya tidak ramai pemancing yg mampu memiliki atau pun menyewa sampan untuk mencari jenggo. Alternatif yg ada hanyalah dgn memancing dari tebing2 sungai , jeti2 kecil dan jambatan yg merentasi sungai.

Saya bersama –sama dengan seorang otai udang dan seorang anak muda yg baru hendak mengenal dunia memancing jenggo telah melakukan kaji selidik tentang teknik, strategi dan bentuk aliran sungai yg disukai oleh jenggo sekiranya kita ingin memancing jenggo dari tebing, jeti dan jambatan. Kami juga membuat temubual dgn hampir setiap pemancing yg ditemui bagi mendapat maklum balas tentang tabiat dan habitat jenggo yg mereka ketahui dan kenali. Kaji selidik tersebut telah dilakukan selama hampir tiga bulan disetiap lokasi popular di Sungai Kerian, Perak. Tujuan kaji selidik tersebut adalah untuk membantu menyalurkan informasi bagi memudahkan pemancing jenggo yang memancing dari tebing, jeti dan jambatan.

Faktor-faktor yg dititik beratkan didalam kaji selidik tersebut :-

1) Pengaruh perubahan suhu dan air kepada jenggo

2) Umpan2 yg menjadi kegemaran jenggo

3) Perambut2 yg terbaik untuk jenggo

4) Lokasi dan bentuk aliran air yg disukai jenggo

Berikut adalah hasil kajiselidik yg telah kami jalankan, diharap ianya dapat membantu peminat2 jenggo didalam pemburuan mereka, terutamanya yg terpaksa memancing dari tebing, jeti dan jambatan.

Jenggo bergerak dalam kumpulan dan adalah spesis haiwan yg tidak berhenti makan, mereka adalah spesis yg pelahap, mereka makan tanpa mengira waktu atau keadaan air. Cuma yg perlu kita ketahui ialah bila dan dimana kumpulan jenggo2 ini galak dan rakus memakan umpan. Pengaruh dan perubahan suhu dan air memainkan peranan yg paling penting kepada kerakusan jenggo memakan umpan. Suhu air yg sejuk akan membuatkan jenggo tidak galak memakan umpan. Keadaan ini akan membuatkan jenggo lebih suka berpindah ketempat2 yg lebih panas suhu airnya. Jenggo lebih galak memakan umpan pada ketika air beralih surut sehinggalah air surut sepenuhnya.

Pada ketika air pasang penuh jenggo sukar dipancing kerana ia lebih suka memburu dibawah timbunan kayu kayan dan akar2 nipah dikawasan bertebing. Pada ketika air mulai surut jenggo akan keluar memburu dikawasan pertengahan sungai. Musim terbaik untuk memburu jenggo ialah pada ketika musim panas/kemarau. Jenggo juga menjadi galak jika cuaca panas selepas dua atau tiga hari hujan turun. Masa terbaik pula ialah ketika awal pagi hingga sebelum tengahari, lewat petang hingga keawal mlm.

Umpan2 yg kami gunakan adalah umpan yg popular dan selalu digunakan oleh pemancing2 jenggo kawasan tersebut iaitu umpun2 nipah dan udang beras. Umpun2 nipah mestilah yg bersaiz kecil, yg hanya betul2 muat mata kail. Umpun2 yg bersaiz besar hanya akan merugikan anda malah kerap mengundang anak2 ikan mencurinya. Umpun2 ini adalah umpan universal untuk semua saiz jenggo. Udang beras pula amat digemari oleh jenggo yg berskala besar, malangnya udang beras ini sukar didapati. Ianya harus dipesan terlebih dahulu dari nelayan2 pemancing udang. Satu perkara yg perlu diambil kira dgn teliti ialah ketika memasang umpan pada mata kail pastikan umpan kemas dan muat betul2 mengikut bentuk mata kail, pastikan hujung mata kail sentiasa tajam dan keluar sedikit dari umpan. Jika menggunakan udang beras pastikan anda mencangkuk umpan dari ekor dan hujung mata kail keluar dari kepalanya.

Kami menggunakan 6 jenis perambut mengikut keadaan aliran air, kawasan yg mudah sangkut , mudah dimakan jenggo dan saiz jenggo yg hendak dicari. Tali perambut berkekuatan 20 lb. Ladung bersaiz no. 5 dan no. 6. Mata kail berbentuk sabit bersaiz no. 3 & no. 4.

1) Ladung hidup pada tali utama, disambungkan dgn swivel sebagai stopper kepada perambut mata kail. Panjang perambut mata kail anggaran sejengkal. Hanya satu mata kail. Ianya amat popular dikawasan ini. Kadar tangkapan 80% untuk semua jenis saiz jenggo. 20% anak2 ikan. Kadar sangkut pd kayu dan akar 10%. Digunakan pada setiap jenis aliran air, terutamanya sewaktu air sedang beralih surut.

2) Ladung hidup pada tali utama, disambungkan dgn swivel sebagai stopper kepada perambut mata kail. Perambut mata kail bercabang dua dgn dua mata kail. Setiap satu panjang sejengkal. Kadar tangkapan 60 % untuk semua saiz jenggo. 40% anak2 ikan. Kadar sangkut pd kayu dan akar 50%.

3) Ladung hidup ditali utama, disambungkan dengan swivel kepada perambut mata kail panjang dua jengkal dimana setiap satu jengkal diikat dgn mata kail, satu diatas satu dibawah secara bertindan. Kadar tangkapan 50% saiz jenggo berskala besar. 20% saiz kecil dan sederhana. 30% anak2 ikan. Kadar sangkut 30%.

4) Tanpa ladung. Tali utama disambungkan dgn swivel bersaiz besar 2/0 atau 3/0 kepada perambut satu mata kail panjang sejengkal. Kadar tangkapan 80% untuk semua jenis saiz jenggo. 20 % anak2 ikan. Kadar sangkut pd kayu dan akar 10%. Amat baik digunakan pada tempat yg berkayu dan berakar, terutamanya ketika air sudah pasang penuh.

5) Ladung hidup diletakan pada tali perambut sepanjang dua jengkal. Pada jarak satu jengkal diletakkan stopper bagi menahan ladung. Mata kail diikat dihujung perambut. Perambut ini kemudiannya disambungkan pd tali utama dgn swivel. Kadar tangkapan 60% untuk saiz berskala besar. 30 % saiz kecil dan sederhana. 10% anak2 ikan. Kadar sangkut pada akar dan kayu 20%. Digunakan untuk semua aliran air.

6) Perambut saperti perambut ikan dilaut, dgn satu mata kail dan ladung di sebelah bawah. Kadar tangkapan 50% untuk semua saiz jenggo. 50% anak2 ikan. Kadar sangkut 30%.

Jadi terpulanglah pada anda untuk meneliti statistik perambut ini. Statistik ini berdasarkan kepada kekerapan tangkapan yg telah dibuat menggunakan dua batang joran setiap seorang. Semoga data statistik ini dpt membantu anda memilih perambut yg sesuai dgn pemburuan anda.

Lokasi dimana jenggo kerap galak memakan umpan adalah dikawasan dimana terdapat aliran air yg membentuk teluk, dikawasan bertebing yg dalam, dasar berlurah dan berbonggol dan di kawasan yg mempunyai kayu kayan dan akar2 tenggelam.

Jenggo mempunyai berbagai cara memakan umpan, ada yg ganas, ada yg lemah lembut dan ada yg makan secara diam. Cara terbaik adalah dgn kerap memeriksa pancing anda. Berikan perhatian kepada setiap joran yg ada. Jika anda ingin menjadi pemancing jenggo yg baik, anda tidak boleh malas. Anda harus selalu bertukar tempat sekiranya jenggo tidak ramah disatu2 kawasan. Seperkara lagi sekiranya banyak jenggo yg galak memakan umpan di satu2 kawasan itu , anda hendaklah sentiasa berwaspada kerana banyak jenggo bererti adalah kawan baiknya sang bedal. Semoga info ini dapat membantu pemancing jenggo semua. Selamat menjenggo!