Thursday, October 27, 2011

SENARAI NAMA PESERTA PUSINGAN KE 3


BOT 1
1. ROSLAM
2. REHAN RM35

BOT 2
1. ABU BAKAR ALI
2. ISKANDAR

BOT 3
1. BOB
2. DESA RM35

BOT 4
1. RAHIM
2. ATOK

BOT 5
1. AIMAN
2. NASARUDDIN RM 35

BOT 6
1. RED KACAK
2. WILLIAM

BOT 7
1. RIZAL
2. HAFE JEMES RM 35

BOT 8
1. WAN
2. OPAH

BOT 9
1. BILIS WAGAS RM35
2. MOHD NIZAM

BOT 10
1. DIN GILA
2. OSMAN

BOT 11
1. SUKRI RM 35
2. MIZI RM 35

BOT 12
1. MOHD SANI
2. MOHD SULAIMAN

BOT 13
1. MOHD LOTFI...
2. RUSTAM...

Wednesday, October 26, 2011

UDANG GALAH KOTA TINGGI

BY: ANUAR ABU BAKAR
kota tinggi, johor. 0197599310

Anwar Abu Bakar kat kota tinggi ni pun ada udg galah gak...ni udang sg kota la ni..tu ingat tadi depa main lubok mana tadi...ingat dekat sini....tu dia...sg kinta tu..
sepit kuning nie syok main ,betina nie

ORG KOTA PANGGIL JONGKONG ....


nak kena seploh ekor kalo syafiq makan nih
Mohd Akhbar Mat Noh brt udg tu sy xleh agak bang tp klu brt yg pgg udg tu rasa2nya 50kg-+... smangat bdk ni murah rezki mak n ayh dia..



BY: ANUAR ABU BAKAR
kota tinggi, johor. 0197599310

Monday, October 24, 2011

PUSINGAN KEDUA JUARA JENGGO

pusingan kedua juara jenggo diadakan di kelip-kelip kampung kuantan daerah kuala selangor
pada hari ahad 23 oktober 2011.. trip kali ini disertai 29 orang ahli lama dah ahli baru.. kami menyewa 11 bot dan satu bot ahli bawa sendiri.. iaitu ahli dari rawang. trip kali ini disertai oleh 2 penyeri kelab yg baru berjinak jinak dalam arena pancingan jenggo, dan 2 lagi dah biasa dgn jenggo.. dibawah ini adalah gambar gambar pergerakan trip kali ini...

tujuh biji kereta bergerak dari sungai buloh



peserta berkumpul dimasjid bandar baru sungai buloh selepas solat subuh di masjid ini


ahli kelab dalam perjalan menuju ker destinasi melepasi tol lebuhraya LATAR

ahli dari taman templer rawang yg membawa bot sendiri

tuan syafien pertama kali mengikuti trip jenggo kelab
bro aiman bermesra dengan ahli baruiaitu din gila dan bob
menyemak senarai peserta dan pembahagian mengikut kumpulan


gambar peserta yg mengikuti trip juara jenggo kedua


untuk memberkati program ini dijemput bro Abu Bakar Ali untuk membaca doa

para peserta bersiap untuk menuju ke lubuk lubuk jenggo...

kumpulan penguin tengah bersiap untuk melabuhkan umpan


para peserta sedang menunggu jenggo memakan umpan

bro Qareem menduduki tempat ketiga jenggo terberat individu

bro sedo menduduki tempat kedua jenggo terberat
untuk trip kali ini jneggo terberat individu dimenangi oleh abu bakar ali

pengerusi kelab meduduki tempat ketiga jenggo terpanjang dgn jenggo 13.3 inchi

bro rizal menduduki tempat kedua jenggo terpanjang dengan jenggo 15.9 inchi


bro rahim dinobatkan sebagai juara jenggo pusingan kedua dengan jenggo terpanjang 16.75 inchi

ketua kumpulan senagin memenangi ketogeri berat kumpulan. hadiah diterima oleh ketua kumpulan iaitu Abu Bakar Ali.

saudara aiman menyampaikan cederahati kepada en halid sebagai penyampai hadiah kepada pemenang. en halid adalah tuan bot yg kami sewa

bergambar kenangan bersama pemenang pada trip kali ini..

Ahli kelan yang maner belum balik lagi menjamu selera digerai makanan panas berdekatan jeti selepas solat magrib. kami makan menu yg sama iaitu nasi goreng kampung yg cukup sedap...bersama milo tabur yg berterabur..
semoga semua yg menyertai trip kali ini gembira dan puas walau keadaan cuaca dan air sungai tidak cantik menyebabkan hasil kurang..
jumpa lagi ditrip akan datang pada 19 november 2011 di Teluk Intan, Perak



Monday, October 17, 2011

senarai peserta trip kampung kuantan

SUSUNAN TERAKHIR... HARAP MAKLUM

TEKONG BOT.
enjin 5 horse power
BOT 01
1. NASARUDDIN
2. RIZAL

BOT 02
3. RAHMAN ARM
4. ANAKNYA

BOT 03
5. DIN GILA
6. KAWAN DIN

BOT 04
7. RaHIM
8. ATOK

BOT 05
9. SEDO SNIP
10. ISKANDAR

dibawah ini enjin bot 15 horse power

BOT 06
11 . DOL LAH
12. REHAN
13. FADILAWATI SWEET

BOT 07
14. AIMAN
15. AZRUL
16. MAYA

BOT 08
17. ACA NAZAR
18. QAREEM
19. SHAHRUL

BOT 09
20. ABU BAKAR
21. DEDY
22. HAJI

BOT 10
23. WAN
24. NORA
25. OPAH

BOT 11( BOT SENDIRI)
26. ACU PANCING
27. ZAMRI SHAH ALAM
BOT 12
28. SHAH HASHIM
29. SARBAEN

SILA BUAT BAYANRAN KEPADA AZRUL( BENDAHARI) ATAU BANK IN KE AKAUN CIP.

SEGALA PERTANYAAN 019-3843442

TERIMA KASIH

Saturday, October 15, 2011

PERJUMPAAN KELAB


PERJUMPAAN KELAB

TARIKH : 15 OKTOBER 2011
MASA : 9.00 PM HINGGA 11;30 PM
TEMPAT: SRI SAKUNA SEAFOOD, KEPONG

AGENDA PERJUMPAAN

1. PENGESAHAN PENYERTAAN TRIP KEDUA
2. SUSUNAN BOT DAN PASANGAN
3. PERGERAKAN
4. PEMILIHAN BAJU KOPERAT KELAB


PENGERUSI MEMULAKAN MESYUARAT DAN PERBINCANGAN


ANTARA AHLI KELAB YG HADIR

BERKENALAN DGN AHLI BARU BERSUA MUKA


ANTARA AHLI KELAB YG HADIR BERSAMA BANER KELAB YG AKAN DIGUNAKAN SETIAP TRIP YG AKAN DIADAKAN


SENARAI YG HADIR

  1. MOHD NASARUDDIN
  2. AIMAN
  3. SEDO
  4. ABU BAKAR
  5. AZRUL
  6. DEDY
  7. RAHIM
  8. MOHAMAD NAZRI
  9. ACUPANCING
  10. RAHMAN ARM
  11. BILIS WAGAS
  12. WILIAM
  13. RED SNIPER
  14. HAFIZ JEMES
  15. SHAHRUL AMIR
  16. ISKANDAR
  17. NORA
  18. WAN

TERIMA KASIH KEPADA YG DAPAT MELUANGKAN MASA UNTUK KELAB

BY
CHIP MOHD NASARUDDIN BIN MOHD NASIR


Friday, October 14, 2011

RUMAH TANGGA, ISTERI DAN KAKI PANCING


RUMAH TANGGA, ISTERI DAN KAKI PANCING

Masalah mendapatkan kebenaran, keizinan dan restu ataupun lesen penuh ( full license) merupakan masalah yg paling serius dan sukar untuk diatasi bagi setiap kaki2 pancing yg telah berumah tangga. Walaupun pd hakikatnya suami tidak perlukan keizinan isteri dalam membuat sesuatu keputusan KECUALI jika ingin beristeri seorang lagi, namun ianya tetap menjadi mimpi2 paling ngeri buat kaki2 pancing yg bergelar suami. Bagi yg bujang tu jgn lah ketawa kerana masanya akan tiba nanti....tunggu sajalah. Ramai pemancing yg kumpau dalam menangani masalah ini. Walau sehebat mana ikan diair, lambat laun dapat dijinakkan...akan tetapi isteri dirumah yg begitu manja dan understanding tapi bila dalam bab pancing memancing ini sukar sekali untuk dijinakkan...ada saja yg tak kena dan dpt mencetuskan perang dingin. Akhirnya sisuami yg beralah menelan air liur.
Berikut adalah beberapa petua2 dan amalan2 hasil dari pengalaman saya selama ini. Ianya amat berkesan untuk saya dan ianya juga mungkin berkesan untuk anda. Memang benar perkara ini tidak boleh dipandang sebelah mata, ia memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran untuk mengatasinya...kerana sikap isteri sememangnya sukar diduga. Bagaikan air laut yg tidak menentu alun gelombangnya.
1) Mulakan setiap perancangan memancing anda dengan bermesyuarah bersama2 isteri anda. Setiap perancangan hendaklah dibincangkan sebaik2nya seminggu lebih awal dari tarikh trip anda. Jangan buat keputusan melulu ataupun last minit kerana ianya akan mengundang padah dan akan mengeruhkan suasana keharmonian rumah tangga anda.

2) Dahulukan keperluan rumahtangga dan kehendak isteri anda. Letakan agenda memancing anda di bahagian yg terakhir.

3) Sediakan budget yang cukup dan sempurna untuk keperluan rumah tangga dan isteri anda. Ingat keperluan rumahtangga dan keperluan isteri adalah dua perkara yg berbeza. Ianya tidak boleh disatukan.

4) Pastikan budget keperluan memancing anda seminima yg boleh dan tidak melebehi budget keperluan rumahtangga dan isteri anda. Ingat memancing dimata isteri hanya satu hobi, oleh itu pada pandangan isteri budget yg ala kadar sudah cukup untuk keperluan memancing. Walaupun anda seorang yg berkemampuan, jgn sekali2 memperuntukan budget yg ribuan atau ratusan ringgit untuk peralatan memancing anda sedangkan untuk membeli sutas rantai tangan emas untuk isteri anda berkira. Belajarlah untuk menyeimbangkan faktor ini dgn bijaksana...jika tidak akan meletuslah perang dingin!.

5) Apabila kebenaran telah diberikan anda perlulah mendapatkan restu isteri anda. Ianya perlu sebagai tanda kasih dan tanda terima kasih anda pdnya. Ianya dapat membuat isteri anda rasa dihargai dan disayangi.

6) Ketika berpergian memancing, pastikan anda sentiasa menghubungi isteri anda dan sentiasa bertanya khabar. Jangan biarkan atau menunggu isteri anda menghubungi anda sebaliknya anda yag mula2 sekali menghubunginya. Tindakan ini akan membuat isteri merasa senang hati tanpa bimbang dan tahu yg anda sentiasa mengingatinya.

7) Apabila pulang dari trip memancing, pastikan anda membeli sebarang bentuk ole2 atau buah tangan buat famili dan isteri. Luangkan sedikit masa untuk membawa mereka jalan2 dan makan2.

8) Sentiasa lah mengadakan majlis makan dan suai kenal dgn famili rakan2 pemancing anda supaya isteri2 dpt kenal mengenal diantara satu sama lain. Perkara ini penting kerana isteri sentiasa hendak tahu dgn siapa anda keluar memancing dan bolehkan rakan pemancing anda ini dipercayai.

9) Jika anda ingin memancing ketika anda bercuti atau cuti hujung minggu, peruntukan satu hari cuti samada sabtu atau ahad untuk isteri dan famili anda. Jangan sekali2 anda keluar memancing lebih dari 5 jam pada hari pancingan anda . Kesan saikologi penggunaan masa kurang dari 5 jam untuk hobi anda sebagai suami sentiasa dapat diterima dan diredhoi oleh isteri tanpa sebarang syak wasangka. Jika lebih dari itu akan mengundang padah. Namun satu perkara yg saya ingin tekankan disini ialah kesan positif saikologi 5 jam ini ialah anda akan sentiasa mendapat keizinan pd tiap kali cuti hujung minggu untuk keluar memancing.

10) Jangan sekali2 anda sebagai suami meninggalkan solat anda. Pelihara dan sempurnakanlah solat anda dan Allah akan memelihara dan menyempurnakan rahmatNya keatas anda dan famili anda. Suami yang memelihara solatnya akan sentiasa dihormati isteri keputusannya sebagai pemimpin rumahtangga.
Kepada kaki2 pancing yg masih bujang saya sarankan jika ingin beristeri sebaik2nya carilah bakal bapa mertua yg kaki pancing kerana pengaruh bapa mertua yg kaki pancing akan dapat melenyapkan 80% masalah full license ini...disebabkan isteri lebih mempercayai bapa mertuanya jika berpergian memancing dgn suaminya.

by
Ramlee Abd Wahab

Sunday, October 9, 2011

TRIP LAWATAN TAPAK PROJEK 2

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

TRIP LAWATAN TAPAK PROJEK DUA

LOKASI : KELIP KELIP KAMPUNG KUANTAN KUALA SELANGOR
MASA : 11.30 PAGI HINGGAN 8 MALAM
AHLI : ABU BAKAR ALI, ISKANDAR LEE, CHIP NASAR

Trip yg tidak dirancang ini sebenarnya datang dari Abu Bakar Ali yag tidak tahu arah tuju pada hari minggu... sedangkan baru hari sabtu dia dan iskandar serta seorang ahli baru serbu sungai Tanjung Karang.
Nak dijadikan trip ini. Abu Bakar menhubungi saya dan Iskandar untuk bertanyakan kemana hala tuju kami pada hari tersebut....selepas itu dia mengajak kami untuk memancing jenggo di kelip kelip. maka keputusan kami bertiga pun bergerak kesana dgn menaiki kereta Abu Bakar. Pada pukul 11.30 kami sampai dijeti dan terus memindahkan peralatan kedalam bot. dan terus ke lokasi....dimana spot yg dijangkakan jenggo ada...kami mengunakan 3 jenis umpan...iaitu anak udang, anak ikan longkang dan perumpum. spot pertama saya mendapat satu henyutan dan terlepas hanya kaki jenggo jer yg lekat... selepas itu bro Iskandar dapat menarik udang dara...

selepas waktu ZOHOR barulah saya berpeluang menaikan udang selepas ketingalan 2,2,0.. dibawah ini adalah gambar udang pertama yg saya perolehi..

selepas air mulai pasang udang mula galak memakan umpan..

Iskandar dgn jenggo yg ditunggu-tunggu...dia tidak menyangka jenggo ini telah memakan umpanya.. semasa dia menarik terasa berat sahaja tidak ada tindak balas.. setibanya di permukaan air baru udang itu berikan respon....sementara saya sendang mengambil gambar ini joran saya pula di henyutnya bila ditarik dan hasilnya dalah seperti di dalam gambar dibawah


spot yg sama. kedudukan umpan hampir sama dan menaikan 2 jenggo....

setelah diukur inilah panjang jenggo yg saya perolehi 12 inchi..


inilah hasil yg saya perolehi pada trip kali ini.... sampai rumah org ruma telah menunggu untuk makan jenggo.....apa lagi goreng pelanta lerr..... licin...







errrrrrrmmmmm manis udang ini ......
dibawah ini adalah rakaman semasa trip....


untuk trip akan datang pada 23 oktober 2011 harap meriah dgn penyertaan dari ahli kelab JENGGO..

by.
chip mohd nasaruddin
019-3843442

Tuesday, October 4, 2011

resepi jenggo

Kepada yang suka makan jenggo ( udang galah/udang laut)...cubalah resepi ini, mudah dan memang sodap. Resepi terbaik untuk jenggo dan gengnya, kalau di restoran dah tentu satu hidangan dalam anggaran RM 80.00 ++. Buatlah sendiri di rumah...senang aje bro!

Bahan2nya.

Jenggo - banyak mana ikut suka anda lah, kecik besar semua boleh. Siang dan bersihkan ikut suka anda.

Halia ½ inci – dipotong halus

Bawang putih – 2 ulas dicincang

Bawang besar - 1 labu dihiris bulat2

Telor masin 2 biji - direbus dahulu dan ambil telor kuningnya saja, kemudian + air sikit dan lenyek2 sampai jadi paste.

Daun bawang dan daun sup secekak cukup dah – potong kasar2

Sos tiram 1 camca besar

1 biji air perahan limau sunkist/mandarin

Minyak untuk menggoreng.

Cara2nya

Goreng jenggo dulu sampai garing kekuningan dan keluar bau udang. Toskan dan simpan minyaknya buat tumisan nanti.

Masuk sedikit minyak dari gorengan udang tadi dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan sos tiram dan air perahan limau sunkist/mandarin kemudian masukkan udang. Kemudian masukkan paste telor masin tadi dan kacau udang bersama paste sehingga sebati. Akhir sekali masukkan bawang besar, daun bawang dan daun sup. Makan panas2 bersama nasi dan sup. Sup apa2 pun boleh asalkan ianya berkuah.

Lepas ini dijamin anda dapat full lesen pancing jenggo. InsyaAllah.