RESEPI

___________________________________________________________________

Butter Prawn

page

Try wat udang goreng ala2 butter prawn kat kedai Thai tuh...rasa dah ok, cuma agak berminyak sikit. Telur, butter..udang....emmm...ketua gang kolesterol nih!

Bahan2:

12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

 

 _______________________________________________________

Buttered Prawn

Picture_722
x ingat resepi dr mana...


Bahan-bahan ( 1 family... )

  • 400gm udang sederhana besar-buang kepala dan belah belakangnya
  • 5 sudu besar butter
  • 3 biji telur kuning-dipukul sedikit (jun guna 3 kuning dan 1 telur putih)
  • 4 cili api-dipotong2
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan susu cair
  • 2 ulas bawang putih-dicincang
  • pepper, gula n garam

Cara-cara

  1. Panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tambah butter selebihnya, atas api sederhana, masukkan bawang putih. kacau.
  3. Masukkan telur, kacau selalu. (boleh juga titikkan guna hujung garfu bg mendapatkan tekstur telur yg halus mcm kat restoren tu)
  4. Masukkan juga daun kari, susu cair, cili api dan perasa2 sambil kacau selalu.
  5. Masukkan udang dan kacau lagi hingga garing. Boleh dimakan dengan nasi putih.

 

 

 

____________________________________________________________

Udang Masam Manis

2009-12-09 14:05:33 Author: admin Source: View: 3690 0 comment | Share to

\
 Bahan-Bahan:
500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong dan gula.
5. Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain

____________________________________________________________

Masak Lemak Udang Daun Kunyit

2009-12-09 12:35:18 Author: admin Source: View: 1899 0 comment | Share to

\
 Bahan
500 gm udang besar [bersihkan]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 helai daun kunyit [mayang]
3 biji terung [belah 4]
8 biji belimbing buluh
garam

Bahan Mesin
20 tangkai ciliapi
3 ulas bawang merah
1 batang serai
3 cm kunyit hidup
1 cawan air

Cara
1. Masukkan bahan mesin , terung, udang, daun kunyt dan garam dalam periuk. Masakkan sehingga mendideh.
2. Masukkan santan pekat dan belimbing buluh dan kaicau sehingga mendideh lagi.
3. Rasakan garam dan tutup api.
4. Hidangkan.

____________________________________________________________

:: Mari Masak Udang Galah ::

Alhamdulilah rezeki Allah...dapatlah gak makan udang galah..dah lame teringin nak makan udang galah masak lemak cili api nie..Ni la hasil first time my fiance pegi memancing kat Banting..So, ape lagi leen pun masak la utk kami makan tengah hari bersame...So dgn bermurah hatinye leen share resipi ni utk korang...sebab tak leh nak share masakan, share resipi pun jadi la yer =)



Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahannye :
Udang galah
Cili api
Kunyit hidup
Santan
Sedikit air asam jawa
Daun kunyit (dihiris)
Serai (diketuk)

Cara-caranye:
1. Tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga lumat
2. Masukkan bahan yg telah ditumbuk ke dalam periuk yg telah dipanaskan
3. Tunggu hingga cili masak kemudian masukkan santan cair
4. Setelah mendidih, masukkan sedikit air jawa, santan pekat dan serai
5. Tunggu hingga mendidih sekali lagi, kemudian masukkan udang galah dan akhir sekali hirisan daun kunyit
6. Masukkan sedikit garam sebagai bahan perasa
7. Setelah masak, siap utk dihidangkan...dan dimakan..:)

____________________________________________________________

Udang Galah Bakar

Sumber: Masakan Tradisional Utara 1991  

 Bahan-Bahan:

 600 gm udang galah
1 batang serai
¼ sudu teh jintan manis
½ sudu teh serbuk kunyit
3 biji cili kering
Garam secukup rasa

 Bahan-bahan untuk kuah asam limau:
1.5 gm belacan
5 biji cili merah
1 biji asam limau
2 labu bawang besar
1 sudu teh air asam jawa
¼ sudu teh gula
Garam secukup rasa

 

Cara:

Bersihkan udang dan belah belakangnya. Gaul dengan garam dan kunyit. Mesin atau giling serai, jinta manis dan cili kering. Bakar udang. Sambil membakar percik dengan bahan-bahan yang dimesin. Udang bakar elok dimakan dengan air asam limau. Untuk membuat air asam limau, tumbuk 4 biji cili merah bersama belacan dan sedikit garam. Masukkan air asam jawa. Hiris bawang nipis-nipis dan gaul dengan sambal. Hiris sebiji cili merah dan campur dengan sambal. Perahkan asam limau. Masukkan sedikit air, garam, gula dan kacau rata-rata. 

 http://resepi.mesra.net/Detailed/834.shtml

____________________________________________________________

Udang Galah Goreng Bercili

Udang galah yang my husband saya beli minggu lepas masih ada lagi…. saya pun dah hampir terlupa dengan udang galah ni…. Bila geledah je peti sejuk nampak udang ni, terus je keluarkan….. Kat kepala cuma fikir nak buat sambal udang je….  tapi last minute tukar  pula masak udang goreng bercili yang tak berapa pedas….  kerana fikirkan anak perempuan saya tak berapa suka makan makanan yang pedas-pedas…. Oklah kerja rumah ni dah banyak menanti!! Layan je resepi yang simple ni!!
Resepi Udang galah goreng bercili
500 g Udang Galah ( di bersihkan )
1 labu bawang besar ( dipotong dan di tumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1/2 inci halia ( ditumbuk )
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 batang serai ( di ketuk )
gula secukup rasa
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis
daun ketumbar
buah tomato ( dipotong 6 )
serbuk perasa secukupnya ( optional )
Cara Penyediaan
1. Udang galah di goreng seketika dalam minyak yang telah di panaskan.
2. Setelah kulitnya bertukar warna dan masak, angkat dan ketepikan.
3. Tumis bahan tumbuk serta cili kisar bersama 2 sudu minyak hingga wangi dan kering airnya.
4. Masukkan serai dan cili sos, garam, gula, perasa dan sedikit air.
5. Bila telah mendidih masukkan Udang galah yang telah digoreng, tomato dan daun ketumbar.
6. Sedia untuk di hidangkan.
dipetik dari :
http://www.potretkasih.com/2010/07/12/udang-galah-goreng-bercili/

____________________________________________________________

Udang Galah Masak Merah 

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1kg - Udang Galah ( kalau tak ada udang galah jenis udang lain pun boleh )
  • Sos cili & Sos tomato ( ikut suka hati )
  • 4 - 5 ulas bawang merah & bawang putih ( di tumbuk halus )
  • 1 inci halia & 1 batang serai ( dihiris & di tumbuk halus )
  • 1 biji telur ( utk memekatkan kuah )
  • gula, garam & aji ( secukup rasa )
  • 10 gm rempah tumis
  • 3 biji tomato ( dipotong empat )
  • sedikit air untuk memasakkan udang 

Cara-cara

  1. Panaskan minyak & tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk halus tadi.
  2. Tumis sampai kekuningan, kemudiah masukkan sos cili & sos tomato.
  3. Lepas itu masukkan udang galah tadi dan gaul sebati.
  4. Bila sudah sebati masukkan telur, gula, garam, ajinomoto, tomato dan air, biarkan memdidih.
  5. Bila kuahnya sudah nampak pekat bolehlah diangkat & dihidangkan bersama dengan nasi putih.
 di petik dari

www.myresipi.com/top/detail/1015

 _____________________________________________________

Kepada yang suka makan jenggo ( udang galah/udang laut)...cubalah resepi ini, mudah dan memang sodap. Resepi terbaik untuk jenggo dan gengnya, kalau di restoran dah tentu satu hidangan dalam anggaran RM 80.00 ++. Buatlah sendiri di rumah...senang aje bro!

Bahan2nya.

Jenggo - banyak mana ikut suka anda lah, kecik besar semua boleh. Siang dan bersihkan ikut suka anda.

Halia ½ inci – dipotong halus

Bawang putih – 2 ulas dicincang

Bawang besar - 1 labu dihiris bulat2

Telor masin 2 biji - direbus dahulu dan ambil telor kuningnya saja, kemudian + air sikit dan lenyek2 sampai jadi paste.

Daun bawang dan daun sup secekak cukup dah – potong kasar2

Sos tiram 1 camca besar

1 biji air perahan limau sunkist/mandarin

Minyak untuk menggoreng.

Cara2nya

Goreng jenggo dulu sampai garing kekuningan dan keluar bau udang. Toskan dan simpan minyaknya buat tumisan nanti.

Masuk sedikit minyak dari gorengan udang tadi dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan sos tiram dan air perahan limau sunkist/mandarin kemudian masukkan udang. Kemudian masukkan paste telor masin tadi dan kacau udang bersama paste sehingga sebati. Akhir sekali masukkan bawang besar, daun bawang dan daun sup. Makan panas2 bersama nasi dan sup. Sup apa2 pun boleh asalkan ianya berkuah.

Lepas ini dijamin anda dapat full lesen pancing jenggo. InsyaAllah.