Saturday, September 22, 2012

MENUKAR ROD HANDLE

Hari ni tak ada trip mancing... lepak jer kat rumah sambil sambil kemas barang pancing. Teringat pula ada lagi satu handle yang dah di bentuk tersimpan dalam laci. pilih satu rod yang handlenya masih mengunakan sponge biasa....pilih nya pilih rasa nak tukar rod yang di hadiahkan oleh sahabat dari sarawak.  


 Rod khas untuk udang dia lembut dan bess buat layan henyutan udang galah gadang gadang...jika lembut tu udang galah teruna pon layannn...
 Terlebih dahulu kita belah dulu pemegang asal dan bersihkan pangkal rod untuk memudahkan  kita letak gam untuk masukan kedalam pemengang baru yang nak ditukarkan.


 Pemegang kayu yang telah di bentuk seperti udang, di perbuat dari kayu jambu batu yang dah kering, pemegang ni hendaklah dilubangkan mengikut panjang hujung rod tadi.. jika hujung rod lebih panjang dari pemegang kita boleh lah memotongnya, yang penting kat sini jangan terlalu pendek supaya kekuatan lekatan rod dan pemegang terjamin.
dengan menggunakan hot glue/ super glue / dunlop glu kita sapukan pada hujun rod dan sedikit pada pemegang dan masukan hujung rod kedalam lubang pemegang tadi. pastikan kesamaan handle dan cicin rod.

itu sahaja kerja untuk set jenggo buat hari ni.....lepas ni kerja mewarna lak kalau rajin h ehe he he

jika ada cerita atau pengalaman anda hendak di kongsikan dalam blog ini yang ada kaitan dgn pancingan udang galah di persilakan email artikle anda ke black_goat81@yahoo.com....

Friday, September 21, 2012

XPDC MEMBURU JENGGO SARAWAK

kali ini laporan trip XPDC memburu jenggo SARAWAK

trip kali ini di sertai oleh
Dari semenanjung
1) Bro Thava
2) Bro Lan Pitong
3) Bro Nazri Idris
4) Bro Zaid Omar
tuan rumah
1) Bro Jol Mohidi

persediaan beli tiket telah di buat oleh Bro Thava

20-26 September 2012. Kita leh gi pd 21 balik 24, 4hari3malam kena amik cuti pd hari jumaat (21) dan Isnin (24).
Adults: 1 Total: 158.00 MYR
Depart
AK5200 Kuala Lumpur (KUL) to Kuching (KCH)
Friday, 21 September 2012
Depart 0710 Arrive 0855

58.00 MYR1 Guest @ 58.00 MYR
21.00 MYR Airport charges & fees

Return
AK5211 Kuching (KCH) to Kuala Lumpur (KUL)
Monday, 24 September 2012
Depart 1600 Arrive 1740

55.00 MYR1 Guest @ 55.00 MYR
24.00 MYR Airport charges & fees

158.00 MYR Total

PERSIAPAN DAH SELESAI, SEKARANG NAK GERAK JEMPUT Lan Pitong, TERUS KERUMAH Thavaselvam TesangguMohamad Zaid Omar. pukul 7++ kami bersama akan naik belon ke kuching Serawak, doa selamat sampai & selamat pulang..




Bro lan pitong . baru mendarat di airport kuching

Bro Jol, tuan rumah AKA pemandu XPDC sarawak ni yer



Bro Lan pitong, Bro Jol, Bro Thava dan Bro Nazri juru foto Bro Zaid...

pagi 22/9/2012 mereka dari Kuala lumpur tiba di lampangan terbang Kuching, Sarawak dan di jemput oleh Jol mohidi.....yang baju putih line merah tu....

selepas makan makan mereka terus turun sungai LUNDU
dan hasilnya


Alhamdulillah rezeki di Sg.Lundu Serawak hari ini 23/9/2012 (ahad).

24 September 2012
misi memburu jenggo diterukan. mereka turun dgn semangat yang kental dan berharap dapat merasai tarikan jerangkung sarawak yang tiada tandingannya..


dihadapan adalah bro thava yang menjadi pemandu arah walaupun pertama kali turun lubuk JOL




sungguh bersemangat rakan kita ni.... Bro Lan Pitong tengah menguyah roti sambil menunggu pancing di henyut sang jenggo yang mendiami dasar sungai....





* laporan akan menyusul

Monday, September 10, 2012

GENG JEBAT DERHAKA BALAS DENDAM GERSIK


Selepas kecewa dgn hasil di kuala selangor. Jebat Derhaka bersama Zul Blackwira dan Fadilah Muhd Suin turun memburu jenggo di Gersik muar johor kesokan harinya, walaupun tidor 2 jam, tapi semangat juang masih tinggi untuk menebus kekecewaan di pasir penambang...
bro Azmi bachok atau jebat derhaka akhirnya kecewa di kuala selangor terubat
begitu juga bro fadilah ni ha ha ha aha ha aku pon dapat...
jebat derhaka menganas lagi dgn sepit birunya

ni hasil salah seorang dari mereka yang turun balas dendam pada hari ahad



dgn bangganya mereka menunjukan jenggo yang dapat di oancing....