Monday, November 21, 2011

PUSINGAN KE 3 JUARA JENGGO TELUK INTAN

Assalamualaikum kepada semua.pusingan ketiga ini telah disertai oleh 26 peserta dan 13 bot telah digunakan. Kami telah membuat tempahan bot di jeti EN Musa terlebih awal untuk memastikan semua bot dapat kita sewa dan pengusaha bot dapat membuat persiapan aper yang patut. wakil Jenggo Club Perak iaitu Bro Roslam telah memainkan perananya sebagai ketua negeri perak. beliau telah bersusah payah untuk menempah bot dan membuat persiapan untuk trip kalia ini...

pergerakkan peserta bermula dari jam 4.00 pagi di check point pertama iaitu masjid bandar baru sungai buloh. selepas itu kami bergerak ke check point kedua iaitu di jambatan timbang selepas Kuala Selangor. Setelah ahli yg perlu ada di check point kedua itu cukup kami terukan perjalan ke destinasi.
foto 1: gambar semasa perjalanan menuju ke destinasi

foto 2: gambar berada di check point ke 2 di jpj Kuala Selangor / jambatan timbang


foto 3: berkenalan dgn ahli yg pertama kali join trip

setelah kami sampai di check point terakhir iaitu RnR sebelum jambatan teluk intan, kami berkenalan dgn ahli baru. dan bersalaman dan berkenalan antara satu sama lain. selepas itu AJK program mengutip yuran penyertaan bagi yg belum menjelaskan bayaran. sambil menunggu peserta yg belum tiba, peserta yg lain memeriksa kelengkapan dan peralatan yg hendak dibawa ke medan pertempuran.


foto 4: berbual sambil berkenalan dgn ahli baru bersua muka

foto 5: bro Rahim dan Bro Wan dari Bandar Tasik Putri menukar tali mono kepada tali branded kerana di sungai teluk intan ini tali branded mudah dipotong oleh sang buntal.



selepas itu kami bergerak ke jeti tidak jauh dari situ untuk memindahkan kelengkapan kedalam bot. di masa yg sama juga pengusaha bot sedang mempbuat persiapan terakhir. En musa dan anaknya memasang enjin dan membuat ujian sebelum trip bermula.

foto 6:En musa dan pembantunya sendang membuat persiapan terakhir


foto 7: osman, iskandar, wan, dan aiman bergambar kenagan berlatarbelakangkan jambatan teluk intan ( aper nama yer)


foto 8: geng otai Abu Bakar, Jamaludin ( din gila), dan BOB pun bergambar juga sebelum trip bermula sambil melabuhkan umpan dijeti.

foto 9: Bob memerhatikan hujun joran yg dilabuhkan kot ada udang yang menariknya sambil diperhatikan oleh Bilis Wagas dan Hafiz Jemes.


foto 10: semetara yang lain mengambil kelengkapan seperti umpan, pancing, untuk dibawa ke jeti.


Selepas itu bro roslam sampai dgn membawa sarapan mehun goreng dan nasik lemak serta kuih muih...di tambah pula air kopi panas. kami bersarapan terlebih dahulu sambil menunggu persiapan terakhir oleh pengusaha bot. selepas sarapan ketua trip Bro Roslam memberi sedikit taklimat kepada peserta trip kali ini.

foto 11: para peserta bersarapan bihun goreng dan nasi lemak.


foto12: ketua trip memberi taklimat kepada peserta


gambar kenangan semua peserta


foto 13: para peserta mengaminkan doa.

foto 14: Ketua Biro Agama sedang membacakan doa untuk memberkati trip kali.



foto 15: para peserta telah dilepaskan untuk mencari lubuk jenggo ....



foto 16: Jurufoto Kelab diantara yg dapat naikan jenggo yg berskala besar.


Jam 8.00 bermulanya acara memancing udang galah. ada yg menuju ke hilir dan ada yang ke hulu.. menduga lubuk yg berpenghuni sepit biru....sehingga jam 6.00 ptg. semua peserta pulang dgn membawa hasil tangkpan masing masing menuju ke jeti.setibanya di jeti AJK dan Pengadil bersiap sedia untuk mengukur dan menimbang hasil tangkapan peserta. Kami berkumpul di RnR untuk mengadili setiap peserta...jumlah keseluruhan hasil tangkapan ialah 11.45kg . dibawah ini adalah gambar pemenang pada trip ke 3.

foto 17: pengukuran panjang undang galah untuk kategori terpanjang dan juara jenggo

foto 18: menimbang berat udang untuk kategori terberat individu dan kumpulan


penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En musa selaku pengusaha bot sewa jeti batu 5.



tempat ketiga terberat : bro Rahim = 820 gram

tempat kedua : bro Roslam = 900 gram


tempat pertama terberat dimenagi oleh: Iskandar = 980 gram

tempat ke tiga terpanjang : bro Osman = 20.8 inchi

tempat kedua terpanjang: bro padil = 21.2 inchi

juara pusingan ke 3 : bro rehan = 21.25 inchi

kumpulan Lipas telah menjadi juara kumpulan terberat.


pengerusi menyampaikan cederamta kepada En Musa tanda penghargaan kelab kepada beliau menyediakan bot untuk kami..


sekian sahaja untuk kali ini




next trip Sungai Panjang 18 disember 2011

by
nasaruddin
019-3843442