Tuesday, November 13, 2012

PIALA SEPIT BIRU KG SEPAKAT EDISI 2012



11 / 11 / 12 – Kampung Sepakat Kuala Selangor, Sebanyak 16 buah bot dengan bilangan peserta seramai 48 orang telah menyerbu kampung ini dalam pertandingan Udang Cup Edisi Sepakat 2012. Pertandingan ini menyaksikan pertandingan diantara peserta forum P.Net yang menjadi tahun ketiga penganjuranya.

Pada tahun 2010 pertandingan sulung ini telah berjaya menarik seramai 36 orang peserta dan pada tahun 2011 seramai 38 orang menyertai pertandingan ini. Pada tahun 2012 masuk tahun ketiga penganjuran memperlihatkan peningkatan peserta secara mendadak menjadikan 16 buah bot memonopoli sungai Selangor untuk satu tujuan merampas Piala Pusingan Sepit biru.


Pertandingan yang berasaskan What U Give, U Get Back adalah pertandingan tertutup antara Ahli forum dan sahabat  atau keluarga ahli forum. Setiap peserta menerima sehelai T-Shirt, Sarapan pagi dan makanan tengah hari secara pakej menjadikan program ini di nanti nanti setiap tahun.


2 Buah Chalet di sediakan kepada para peserta yang hadir dari luar Selangor seperti peserta dari Negeri Sembilan dan Pahang. Keselesaan kemudahan yang terdapat di jeti kampong sepakat ini sememangnya di akui Oleh Ojang selaku peserta dari Negeri Sembilan yang mewakili kumpulan temberang jawa angler team 2 (TJAT 2).


Dalam program ini, Media Majalah Umpan dari karangkraf telah sudi membuat liputan sepanjang program berlangsung. Ianya akan menjadi impak besar kepada industry memancing udang galah kerana kawasan ini sememangnya popular bagi kakipancing dan di tambahlagi dengan penyiaran di media cetak akan membuka ruang kepada industry pancingan udang galah kepada penduduk Malaysia dan luar Negara.  


~Laporan Versi Unit Media P.Net ~ 


Pemenang Bagi Kategori Ikan terberat berkumpulan :
Tempat Pertama - DK2
Tempat Kedua - Temberang Jowo
Tempat Ketiga - Jc 2

Pemenang Bagi Kategori Jenggo terberat berkumpulan:
Tempat Pertama - Kedaik Supremo (1455gram)
Tempat Kedua  - TJAT 2 (733gram)
Tempat Ketiga - JC1 (732gram)

Pemenang bagi kategori Ikan Terberat Individu :
Wak Dat  dari kumpulan temberang jowo 1 (484gram)



Pemenang bagi kategori Jenggo Terberat Individu :
Tempat Pertama - Pulau Man -  DK2 - (179gram) Piala Pusingan
Tempat Kedua - LadungFC - KedaikSupremo - (175gram)
Tempat Ketiga - Bujukbasah - Dk 2 - (172gram)




ni masa baru tiba di jeti tengah siap siap keluarkan peralatan


team JC3 iaitu : bro kamal, lan pitong dan fadly
ni lak JC2 zaid, azril dan sedo


JC 1 tak ada gambar group sebab bapak dan nasir lewattttt..... ni lah semua yang sertai trip  jenggo cup kg sepakat
bacaan doa sebelum aktiviti bermula
9:40 pagi saya berjaya naikan jenggoo
begitu juga bro kamal pon dapat jenggoo
bro sedo pon berjaya daratkan jenggo
SENARAI MENGIKUT RANKING TANGKAPAN BERKUMPULAN :

Ranking Pertama -Kedaik Supremo (1455gram)

1.   IJAL   (KETUA)        
2.   MHAFIZAHMAD      
3.   LADUNG 

Ranking Kedua  - TJAT 2 (733gram)

Team TJAT 2 - PAID
1. Ojang (KETUA) 
2. Daqlie             
3. Pikachu           

Ranking Ketiga - JC1 (732gram)

1-NASARUDDIN
2-ABU BAKAR ALI
3-NASIR YUSOF

Ranking Keempat - DK2 (683gram)

1. Shahzam
2. Bujok Basah 
3. Pulau man 

Ranking Lima - UMPUM UMPUN (636gram)

1) Lan 
2) Joly 
3) Saad

Ranking Enam - Team Kedaik (634gram)

1) eddie 
2) Abu melayu
3) Nabil 

Ranking Tujuh - DK3 (528gram)

1. Betok
2. Prana_S 
3. Nodri 

Ranking Lapan - DK1 ( 476gram)

1. YDP Manba nkk
2. Berudu 
3. Afiz

Ranking Sembilan - Tripple Jengg (415gram)

1.   MRSYUKO 
2.   POYOR 7 
3.   EPULZ GARCIA 

Ranking Sepuluh - XX Men ( 395gram)

1- scot 
2- scot 1    
3-scot 2

Ranking Sebelas - Temberang Jowo 1 (389gram)

1. Wakdat (Ketua)
2. Yj09
3. Pian

Ranking Dua Belas - TJAT 1 (354gram)

1. Pancing Tegar
2.Let 
3.Sttylo13

Ranking Tiga Belas - JC 2  (332gram)

1-SEDO SNIP 
2-AZRIL SALLEH 
3-MOAMMAD ZAID OMAR

Ranking Empat Belas - aDiK Chomel (316gram)

1. Wiranegara007 
2. Angler Gaban 
3. Anak laut

Ranking Lima Belas - Casarachado ( 0 gram)

1. Cottai 
2. Kamal
3. abg kasim

Ranking Enam Belas - JC 3 ( 0 gram)

1- MOHD FADZLY OTHMAN
2- KAMAL 
3- LAN PITONG