Sunday, October 9, 2011

TRIP LAWATAN TAPAK PROJEK 2

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

TRIP LAWATAN TAPAK PROJEK DUA

LOKASI : KELIP KELIP KAMPUNG KUANTAN KUALA SELANGOR
MASA : 11.30 PAGI HINGGAN 8 MALAM
AHLI : ABU BAKAR ALI, ISKANDAR LEE, CHIP NASAR

Trip yg tidak dirancang ini sebenarnya datang dari Abu Bakar Ali yag tidak tahu arah tuju pada hari minggu... sedangkan baru hari sabtu dia dan iskandar serta seorang ahli baru serbu sungai Tanjung Karang.
Nak dijadikan trip ini. Abu Bakar menhubungi saya dan Iskandar untuk bertanyakan kemana hala tuju kami pada hari tersebut....selepas itu dia mengajak kami untuk memancing jenggo di kelip kelip. maka keputusan kami bertiga pun bergerak kesana dgn menaiki kereta Abu Bakar. Pada pukul 11.30 kami sampai dijeti dan terus memindahkan peralatan kedalam bot. dan terus ke lokasi....dimana spot yg dijangkakan jenggo ada...kami mengunakan 3 jenis umpan...iaitu anak udang, anak ikan longkang dan perumpum. spot pertama saya mendapat satu henyutan dan terlepas hanya kaki jenggo jer yg lekat... selepas itu bro Iskandar dapat menarik udang dara...

selepas waktu ZOHOR barulah saya berpeluang menaikan udang selepas ketingalan 2,2,0.. dibawah ini adalah gambar udang pertama yg saya perolehi..

selepas air mulai pasang udang mula galak memakan umpan..

Iskandar dgn jenggo yg ditunggu-tunggu...dia tidak menyangka jenggo ini telah memakan umpanya.. semasa dia menarik terasa berat sahaja tidak ada tindak balas.. setibanya di permukaan air baru udang itu berikan respon....sementara saya sendang mengambil gambar ini joran saya pula di henyutnya bila ditarik dan hasilnya dalah seperti di dalam gambar dibawah


spot yg sama. kedudukan umpan hampir sama dan menaikan 2 jenggo....

setelah diukur inilah panjang jenggo yg saya perolehi 12 inchi..


inilah hasil yg saya perolehi pada trip kali ini.... sampai rumah org ruma telah menunggu untuk makan jenggo.....apa lagi goreng pelanta lerr..... licin...







errrrrrrmmmmm manis udang ini ......
dibawah ini adalah rakaman semasa trip....


untuk trip akan datang pada 23 oktober 2011 harap meriah dgn penyertaan dari ahli kelab JENGGO..

by.
chip mohd nasaruddin
019-3843442