Friday, September 30, 2011

MATA KAIL JENGGO antara kebaikan dan kelemahanya.

MATA KAIL JENGGO antara kebaikan dan kelemahanya.
Hampir dua minggu saya dan beberapa otai jenggo melakukan ujikaji dan soal selidik tentang penggunaan mata kail jenggo yg paling sesuai dan efektif. Berikut adalah hasil kajian tersebut. Semoga ianya dapat membantu penjenggo2 kelab ini.

Bentuk mata kail yg paling efektif dan berkesan ialah yg berbentuk sabit, nipis dan ringan. Semua produk mata kail jenggo yg dikeluarkan adalah berbentuk demikian dan didalam pelbagai saiz.

Dalam memilih mata kail yg benar2 efektif perkara2 berikut hendaklah diambil kira:-
1)Panjang jarak diantara duri pandan dan hujungnya. Hasil kajian mendapati bahawa jenggo memakan umpan dari hujung mata kail. Jenggo tidak menelan mata kail saperti ikan sebaliknya hanya menelan hujung mata kail. Sekiranya jarak tersebut pendek kadar peluang untuk jenggo menelan umpan dan terlekat pada duri pandan adalah amat tinggi. Sekiranya jarak tersebut panjang kadar jenggo untuk melepaskan diri ketika memakan umpan dan dikarau adalah amat tinggi pula, disebabkan duri pandan tidak melekat dgn sempurna di mulut jenggo. Oleh itu ketika memilih mata kail pilih jarak duri pandan dan hujungnya pendek dan tajam.
2) Mata kail hendaklah sentiasa tajam dan ditajamkan bila perlu. Amalkan sentiasa menguji ketajaman mata kail anda sebelum memasang umpan. Pastikan hujung mata kail anda dan duri pandannya terkeluar sedikit dari umpan bagi memudahkan ianya lekat dimulut jenggo.

Kami menggunakan dua saiz mata kail yg paling popular dikalangan pemancing jenggo sebagai perbandingan. Saiz no.3 dan no. 4. Berikut adalah hasil kajiannya.

Kedua2 saiz mata kail mempunyai jarak duri pandan yg cukup ideal. Saiz no.4 kurang kuat disebabkan saiznya yg kecil akan tetapi ianya tidak mudah tersangkut di kawasan yg mepunyai reba. Saiz no.3 pula kuat akan tetapi ianya mudah tersangkut dikawasan yg mempunyai reba. Dari segi penampilan umpan saiz no.3 adalah lebih menyelerakan dan menggiurkan dari saiz no.4. Kadar tangkapan bagi kedua2 saiz adalah setanding dan hampir sama untuk semua saiz jenggo.

Diharap hasil kajian ini dapat sedikit sebanyak membantu penjenggo2. Tak kira lah besar atau kecil saiz mata kail pilihan anda tapi pastikan jarak duri pandan dan hujungnya pendek serta sentiasa tajam.