Pages

Saturday, September 22, 2012

MENUKAR ROD HANDLE

Hari ni tak ada trip mancing... lepak jer kat rumah sambil sambil kemas barang pancing. Teringat pula ada lagi satu handle yang dah di bentuk tersimpan dalam laci. pilih satu rod yang handlenya masih mengunakan sponge biasa....pilih nya pilih rasa nak tukar rod yang di hadiahkan oleh sahabat dari sarawak.  


 Rod khas untuk udang dia lembut dan bess buat layan henyutan udang galah gadang gadang...jika lembut tu udang galah teruna pon layannn...
 Terlebih dahulu kita belah dulu pemegang asal dan bersihkan pangkal rod untuk memudahkan  kita letak gam untuk masukan kedalam pemengang baru yang nak ditukarkan.


 Pemegang kayu yang telah di bentuk seperti udang, di perbuat dari kayu jambu batu yang dah kering, pemegang ni hendaklah dilubangkan mengikut panjang hujung rod tadi.. jika hujung rod lebih panjang dari pemegang kita boleh lah memotongnya, yang penting kat sini jangan terlalu pendek supaya kekuatan lekatan rod dan pemegang terjamin.
dengan menggunakan hot glue/ super glue / dunlop glu kita sapukan pada hujun rod dan sedikit pada pemegang dan masukan hujung rod kedalam lubang pemegang tadi. pastikan kesamaan handle dan cicin rod.

itu sahaja kerja untuk set jenggo buat hari ni.....lepas ni kerja mewarna lak kalau rajin h ehe he he

jika ada cerita atau pengalaman anda hendak di kongsikan dalam blog ini yang ada kaitan dgn pancingan udang galah di persilakan email artikle anda ke black_goat81@yahoo.com....