Thursday, July 14, 2011

penghijrahan jenggo

Selama 3 bulan kajian kami keatas habitat semulajadi jenggo2 ni kami mendapati ada satu perkara yg menjadi faktor utama yg mempengaruhi corak penghijrahan jenggo yg suka berubah tempat ketika memakan umpan. Faktor ini juga disokong oleh hampir semua otai2 jenggo yg berpengalaman yg memancing menggunakan bot.

Corak penghijrahan jenggo ini berkait rapat dengan fenomena pasang surut air laut. Pada ketika air laut pasang besar terutamanya ketika 13 - 15 haribulan melayu dan 29 - 1 haribulan melayu jenggo didapati jenggo lebih banyak berhijrah ke hulu sungai, ini disebabkan limpahan air laut yg masin yg memasuki sungai membuatkan jenggo terpaksa bergerak kehulu sungai dan mencari makan dikawasan hulu sungai. Oleh itu adalah disarankan jika anda ingin memancing jenggo supaya bergerak dari satu tempat kesatu tempat kearah hulu sungai pada ketika air pasang besar. Pada ketika ini jenggo yg bersaiz besar lebih banyak bertumpu mencari makan dikawasan tengah yg berarus perlahan. Umpan terbaik ada lah anak udang beras. Jenggo yg bersaiz kecil dan sederhana lebih bertumpu dikawasan tebing yg mempunyai tempat berlindung dan bersembunyi. Ketika air mulai surut kadar penghijrahan jenggo untuk mudik kemuara sungai amat perlahan tidak secepat mereka berhijrah kehulu. Jadi pada ketika air surut anda harus mengubah tempat memancing anda kembali kehilir secara perlahan2.

Pada ketika air laut mati, dimana tiada arus atau air laut masin yg banyak memasuki sungai jenggo tidak banyak berhijrah, sebaliknya lebih banyak memburu dikawasan yg selamat dari pemangsa. Pada ketika ini jenggo harus dicari di tempat yg mudah untuk mereka berlindung saperti dibawah kayu kayan atau akar2 pokok nipah. Biasanya pada ketika air mati, jenggo suka berkumpul beramai di satu2 tempat, jika terjumpa tempat mereka berkumpul...alhamdullilah. Jadi pada ketika air begini adalah lebih baik kiranya kita mendapatkan saranan dari jurupandu port2 yg lebih mengetahui port terbaik.

Wednesday, July 13, 2011

PETUA MEMANCING JENGGO

Seminggu baru2 ini saya dan otai zamri buat survey jenggo lagi, kali ini tentang sudut kedudukan ketika meletakan rod dan ketegangan tali pancing sewaktu memancing jenggo. Hasil survey adalah saperti berikut :-

1) Rod yg diletakkan pada sudut mendatar pada kedudukan 20 - 45 darjah adalah lebih banyak mendatangkan hook up berbanding kedudukan yg lain.
2) Rod yg mempunyai tip yg kecil dan lembut lebih tinggi kadar hook up nya, tidak kira samada rod tersebut panjang atau pendek. Yg penting adalah kelembutan tip nya.
3) Tali pancing yg 80% - 90 % tegang sewaktu melabuhkan umpan lebih tinggi kadar hook up nya. Kadar mendapat jenggo bersaiz besar juga amat tinggi. Tali hanya perlu sentiasa tegang ketika bertarung dgn jenggo.

Sedikit tip2 dan petua2 yg kami dapati dari otai2 jenggo di kawasan ini ilah saperti berikut:-
1) Jika anda ingin memancing jenggo bersaiz besar, guna umpan anak udang beras.
2) Rajin dan kerap memeriksa umpan, kerana jenggo besar lebih suka makan secara senyap. Yg kelihatan hanya tip joran melentur secara lembut menandakan jenggo besar sedang menarik umpan, berikan sedikit masa untuk jenggo menelan umpan. Tarik dgn henjutan joran keatas secara lembut. Ketika bertarung dgn jenggo besar pastikan kedudukan joran sentiasa menegak pada sudut 45 - 50 darjah dan tali hendaklah sentiasa tegang. Jika tali kendur peluang untuk jenggo rabut adalah tinggi.
3) Jika memancing dari atas bot dan jenggo terlalu luar biasa ramahnya memakan umpan. Berhenti dan berehatlah sekejap. Jika kelihatan ada ranting2 kayu kecil dan daun2 timbul dari dasar sungai...angkat sauh dan ubah tempat. Itu tandanya pak tiri sudah mulai marah.
4) Perambut yg paling baik ialah ladung hidup bersaiz no.3/no.4 diletakkan pada tali utama dan disambung dgn swivel kepada perambut mata kail panjang aggaran 6 - 7 inci dengan mata kail no 4/no 5. Perambut ini adalah perambut favourite otai disini.

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu peminat2 jenggo

Tuesday, July 12, 2011

INFO KHAS BUAT PEMANCING JENGGO

By bro Ramlee Abd Wahab

INFO KHAS BUAT PEMANCING JENGGO

Udang galah alias jenggo merupakan spesis pemangsa yg sentiasa menjadi idaman kaki2 pancing. Memancing jenggo ini sebenarnya memerlukan ketelitian, kesabaran dan keseniannya yg tersendiri. Biasanya jenggo lebih mudah dipancing dgn menggunakan sampan atau perahu disbbkan mudah untuk beralih tempat dan mencari lubuk. Malangnya tidak ramai pemancing yg mampu memiliki atau pun menyewa sampan untuk mencari jenggo. Alternatif yg ada hanyalah dgn memancing dari tebing2 sungai , jeti2 kecil dan jambatan yg merentasi sungai.

Saya bersama –sama dengan seorang otai udang dan seorang anak muda yg baru hendak mengenal dunia memancing jenggo telah melakukan kaji selidik tentang teknik, strategi dan bentuk aliran sungai yg disukai oleh jenggo sekiranya kita ingin memancing jenggo dari tebing, jeti dan jambatan. Kami juga membuat temubual dgn hampir setiap pemancing yg ditemui bagi mendapat maklum balas tentang tabiat dan habitat jenggo yg mereka ketahui dan kenali. Kaji selidik tersebut telah dilakukan selama hampir tiga bulan disetiap lokasi popular di Sungai Kerian, Perak. Tujuan kaji selidik tersebut adalah untuk membantu menyalurkan informasi bagi memudahkan pemancing jenggo yang memancing dari tebing, jeti dan jambatan.

Faktor-faktor yg dititik beratkan didalam kaji selidik tersebut :-

1) Pengaruh perubahan suhu dan air kepada jenggo

2) Umpan2 yg menjadi kegemaran jenggo

3) Perambut2 yg terbaik untuk jenggo

4) Lokasi dan bentuk aliran air yg disukai jenggo

Berikut adalah hasil kajiselidik yg telah kami jalankan, diharap ianya dapat membantu peminat2 jenggo didalam pemburuan mereka, terutamanya yg terpaksa memancing dari tebing, jeti dan jambatan.

Jenggo bergerak dalam kumpulan dan adalah spesis haiwan yg tidak berhenti makan, mereka adalah spesis yg pelahap, mereka makan tanpa mengira waktu atau keadaan air. Cuma yg perlu kita ketahui ialah bila dan dimana kumpulan jenggo2 ini galak dan rakus memakan umpan. Pengaruh dan perubahan suhu dan air memainkan peranan yg paling penting kepada kerakusan jenggo memakan umpan. Suhu air yg sejuk akan membuatkan jenggo tidak galak memakan umpan. Keadaan ini akan membuatkan jenggo lebih suka berpindah ketempat2 yg lebih panas suhu airnya. Jenggo lebih galak memakan umpan pada ketika air beralih surut sehinggalah air surut sepenuhnya.

Pada ketika air pasang penuh jenggo sukar dipancing kerana ia lebih suka memburu dibawah timbunan kayu kayan dan akar2 nipah dikawasan bertebing. Pada ketika air mulai surut jenggo akan keluar memburu dikawasan pertengahan sungai. Musim terbaik untuk memburu jenggo ialah pada ketika musim panas/kemarau. Jenggo juga menjadi galak jika cuaca panas selepas dua atau tiga hari hujan turun. Masa terbaik pula ialah ketika awal pagi hingga sebelum tengahari, lewat petang hingga keawal mlm.

Umpan2 yg kami gunakan adalah umpan yg popular dan selalu digunakan oleh pemancing2 jenggo kawasan tersebut iaitu umpun2 nipah dan udang beras. Umpun2 nipah mestilah yg bersaiz kecil, yg hanya betul2 muat mata kail. Umpun2 yg bersaiz besar hanya akan merugikan anda malah kerap mengundang anak2 ikan mencurinya. Umpun2 ini adalah umpan universal untuk semua saiz jenggo. Udang beras pula amat digemari oleh jenggo yg berskala besar, malangnya udang beras ini sukar didapati. Ianya harus dipesan terlebih dahulu dari nelayan2 pemancing udang. Satu perkara yg perlu diambil kira dgn teliti ialah ketika memasang umpan pada mata kail pastikan umpan kemas dan muat betul2 mengikut bentuk mata kail, pastikan hujung mata kail sentiasa tajam dan keluar sedikit dari umpan. Jika menggunakan udang beras pastikan anda mencangkuk umpan dari ekor dan hujung mata kail keluar dari kepalanya.

Kami menggunakan 6 jenis perambut mengikut keadaan aliran air, kawasan yg mudah sangkut , mudah dimakan jenggo dan saiz jenggo yg hendak dicari. Tali perambut berkekuatan 20 lb. Ladung bersaiz no. 5 dan no. 6. Mata kail berbentuk sabit bersaiz no. 3 & no. 4.

1) Ladung hidup pada tali utama, disambungkan dgn swivel sebagai stopper kepada perambut mata kail. Panjang perambut mata kail anggaran sejengkal. Hanya satu mata kail. Ianya amat popular dikawasan ini. Kadar tangkapan 80% untuk semua jenis saiz jenggo. 20% anak2 ikan. Kadar sangkut pd kayu dan akar 10%. Digunakan pada setiap jenis aliran air, terutamanya sewaktu air sedang beralih surut.

2) Ladung hidup pada tali utama, disambungkan dgn swivel sebagai stopper kepada perambut mata kail. Perambut mata kail bercabang dua dgn dua mata kail. Setiap satu panjang sejengkal. Kadar tangkapan 60 % untuk semua saiz jenggo. 40% anak2 ikan. Kadar sangkut pd kayu dan akar 50%.

3) Ladung hidup ditali utama, disambungkan dengan swivel kepada perambut mata kail panjang dua jengkal dimana setiap satu jengkal diikat dgn mata kail, satu diatas satu dibawah secara bertindan. Kadar tangkapan 50% saiz jenggo berskala besar. 20% saiz kecil dan sederhana. 30% anak2 ikan. Kadar sangkut 30%.

4) Tanpa ladung. Tali utama disambungkan dgn swivel bersaiz besar 2/0 atau 3/0 kepada perambut satu mata kail panjang sejengkal. Kadar tangkapan 80% untuk semua jenis saiz jenggo. 20 % anak2 ikan. Kadar sangkut pd kayu dan akar 10%. Amat baik digunakan pada tempat yg berkayu dan berakar, terutamanya ketika air sudah pasang penuh.

5) Ladung hidup diletakan pada tali perambut sepanjang dua jengkal. Pada jarak satu jengkal diletakkan stopper bagi menahan ladung. Mata kail diikat dihujung perambut. Perambut ini kemudiannya disambungkan pd tali utama dgn swivel. Kadar tangkapan 60% untuk saiz berskala besar. 30 % saiz kecil dan sederhana. 10% anak2 ikan. Kadar sangkut pada akar dan kayu 20%. Digunakan untuk semua aliran air.

6) Perambut saperti perambut ikan dilaut, dgn satu mata kail dan ladung di sebelah bawah. Kadar tangkapan 50% untuk semua saiz jenggo. 50% anak2 ikan. Kadar sangkut 30%.

Jadi terpulanglah pada anda untuk meneliti statistik perambut ini. Statistik ini berdasarkan kepada kekerapan tangkapan yg telah dibuat menggunakan dua batang joran setiap seorang. Semoga data statistik ini dpt membantu anda memilih perambut yg sesuai dgn pemburuan anda.

Lokasi dimana jenggo kerap galak memakan umpan adalah dikawasan dimana terdapat aliran air yg membentuk teluk, dikawasan bertebing yg dalam, dasar berlurah dan berbonggol dan di kawasan yg mempunyai kayu kayan dan akar2 tenggelam.

Jenggo mempunyai berbagai cara memakan umpan, ada yg ganas, ada yg lemah lembut dan ada yg makan secara diam. Cara terbaik adalah dgn kerap memeriksa pancing anda. Berikan perhatian kepada setiap joran yg ada. Jika anda ingin menjadi pemancing jenggo yg baik, anda tidak boleh malas. Anda harus selalu bertukar tempat sekiranya jenggo tidak ramah disatu2 kawasan. Seperkara lagi sekiranya banyak jenggo yg galak memakan umpan di satu2 kawasan itu , anda hendaklah sentiasa berwaspada kerana banyak jenggo bererti adalah kawan baiknya sang bedal. Semoga info ini dapat membantu pemancing jenggo semua. Selamat menjenggo!

Sunday, July 3, 2011

MenJENGGO pada 02/07/2011 Bersama Wak Puyim,Sedo & The Gang

ahli yg turut serta dalam komplot jenggo sungai manggis semasa berada di jeti
menunggu tauke bot menurunkan bot dan persiapan barang - barang untuk menuju kelubuk
bro sedo merempit menuju ke lubuk dimana jenggo sedang menunggu umpan dilabuhkan
Bro Mohd Azrul Ayoi Timoq dengan udangnya yang main gimnastik...hihiiii.jpg
Bro Mohd Azrul Ayoi Timoq bersama hasil pancingannya....jpg
Bro Mohd Azrul Ayoi Timoq bersama dengan Udang Galah...Ni first Strike tuk Double Trouble....hihiii.jpg
Inilah Hasil Pancingan Saja-saja.......jpg
Bersama udang Dara.......jpg
Bersama dengan Sifu Puyim Mahpol, HjHassan Hj Md Said, Affendy, Mohd Azrul Ayoi Timoq dan Member.jpg
Alhamdulillah...Rezeki DaripadaNya.....jpg
Alhamdulillah........ hasil pancingan tuk kali ini Abg Haji juga yang terbanyak....Tahniah Abg Haji.....jpg
Bro Affendy dan Mohd Azrul Ayoi Timoq....masing2 dengan hasil pancingannya..jpg


Monday, June 27, 2011

TRIP MENJENGGO BERSAMA BRO AIMAN



TRIP MENJENGGO BERSAMA BRO AIMAN

group yang menyertai trip kali ini (gambar) yg diketuai oleh bro aiman untuk bot pertama dan bro sedo bot kedua. kami bergerak dari rumah selepas subuh 6.15pg dan berkumpul di shell usj lebuhraya kesas. selepas itu meneruskan perjalan ke banting, disana ada seorang ahli yg menunggu iaitu bro naza. selapas itu kami berhenti sarapan pagi pada pukul 7.30

ada yg makan nasi lemak, ada juga yg makan roti canai, roti canai telur 2 biji pun ada. selepas makan kami teruskan perjalan menuju ke jeti. setibanya dijeti ada perkara yg tidak terfikir berlaku. dan selepas setengah jam baru kami dapt bertolak kelubuk..




bro Azrul dgn pengalaman pertama menjenggo mengigil katanya pertama kali mancing udang ni..dia terlalu seronok sehinggakan kerusi tempat duduknya patah...

ini plak penulis dengan pengalaman pertama juga memancing udang galah. sebelum ini penulis pernah memancing kolam udang harimau ttetapi perasaan tidak seperti memancing disungai manggis yg betul betul best













ini pulak bro naza dgn udang yg dapat dipancingya...












yg ni lak bro sedo bersama udang dara yg bagak
















dalam trip kali ini kami terserempak dgn bro puyim dan bro hj hasan yg turun lebih awal dari kami















mereka menunjukan hasil pada hari tersebut.

















bot yang kami naik sepatutnya untuk 2 orang baru selesa tetapi ada masalah yg tak dapat dielakan maka kami terpaksa tukar plan. gambar kanan bro puyim dan hj hasan sedang mengasak udang dilubuk kegemaranya...










antara hasil yg diperolehi setiap pemancing.. dianggarkan setiap ahli yg turun untuk trip kali ini mendapat hasil 1.5kg.

















pukul 6.30 petang kami balik menujuk jeti dgn hasil tangkapan masing masing. setibanya di jeti kami berehat sambil sembang pengalaman masing masing dalam trip kali ini.

selepas penat seharian memancing udang. kami singgah kedai makan berhampiran jeti untuk menjamu selera. apa tidaknya ada yg tak sempat nak makan semasa melayan jenggo. ada yg bawa bekal nasi goreng tak sempat nak makan, ada yg tapau nasi lemak sardin pun tak termakan. dan mcm mcm lagi cerita di sebalik trip menmancing kali ini... diharapkan trip akan datang lebih meriah lagi...

Tuesday, June 21, 2011

Umpan berbau lebih cepat beri habuan

Umpan berbau lebih cepat beri habuan



Soalan: 1. Boleh huraikan lebih lanjut jenis umpan untuk udang galah? 2. Musim udang galah yang sesuai untuk dipancing. 3. Mata kail dan perambut udang galah.

Soalan:

1. Boleh huraikan lebih lanjut jenis umpan untuk udang galah?

2. Musim udang galah yang sesuai untuk dipancing.


3. Mata kail dan perambut udang galah.

- LOMIN, Brunei Darulsalam

Jawapan


1. Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor iaitu spesies yang boleh dikatakan makan serba-serbi yang dijumpainya. Untuk memudahkan mengesan udang lebih cepat kita perlu menggunakan umpan ‘berbau’. Di kawasan air jernih udang amat berhati-hati dan kurang galak kecuali kita memancing waktu malam atau lubuk yang didominasi udang galah.

Umpan udang yang lumrah dan cepat diterpa udang ialah perumpun - jenis sarang, bakau, pantai dan nipah. Cacing tanah sama ada cacing gila atau jenis biasa. Anak udang sungai atau udang beras hidup/mati, remis, isi kerang, ala-ala - guna bahagian yang keras. Isi ikan dihiris halus memanjang mengikut saiz mata kail. Isi udang galah - potong mengikut saiz mata kail. Udang pasar tidak kira apa jenis, anak ikan longkang hidup atau mati kedua-duanya boleh. Pilihan lain - jantung/hati ayam tapi hanya sesuai untuk pancing di kolam.

Saiz umpan yang dipasang pada mata kail jangan terlalu besar kerana ini akan melambatkan proses udang menelan mata. Potong atau hiris umpan biar sepadan dengan saiz mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenis bergantung kepada jenis batang pancing.

2. Memancing udang galah tiada musim tertentu sama ada di kawasan hulu sungai dan pedalaman termasuk lombong, tasik dan kolam. Bagaimanapun musim kering (tiada hujan sebelumnya) adalah masa terbaik memancing udang galah. Selain daripada itu waktu malam lebih mudah mengendap udang galah berbanding siang kerana kawasan persekitaran air jernih dan udang galah jarang keluar merayau siang hari bagi mengelak diterkam pemangsa. Perlu diingatkan jika lokasi yang dikunjungi jauh dari kawasan pembangunan seperti hulu sungai pedalaman umpamanya, langkah keselamatan perlu diambil perhatian memandangkan malam hari terlalu banyak bahaya. Jika wujud keadaan kurang selamat dinasihatkan lebih baik tidak usah memancing di kawasan terbabit.

Bagi muara sungai musim udang galah hadir selepas beberapa hari sebaik saja hujan berhenti. Kebiasaannya air hujan akan keluar ke laut melalui sungai turut membawa bersama udang galah. Ketika ini udang galah akan berkeliaran di kawasan muara yang ketika itu airnya tawar. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila muara sungai kembali payau atau masin. Secara ringkasnya musim udang adalah sepanjang tahun kecuali di muara hanya selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.

3. Perambut udang galah kebiasaannya ialah menggunakan tangsi 6 paun hingga 12 paun. Ini sudah memadai dengan berat udang itu sendiri. Kekuatan 12 paun boleh menampung dan mengangkat beban maksimum 5.5 kilogram sudah terlalu besar untuk udang galah sungai yang purata 50 gram hingga 500 gram. Panjang perambut seeloknya 15 sentimeter atau lebih kurang sejengkal jari orang dewasa. Jenis tangsi biarlah yang lembut supaya udang galah tidak begitu 'terasa' beban ketika mengunyah umpan. Mata kail udang banyak jenis dan saiz mengikut tempat, jenis lapangan pancing dan saiz udang. Saya biasanya menggunakan mata kail no 6 hingga no 8 kerana saiz ini paling sesuai. Banyak jenis dan saiz mata udang yang boleh di temui di pasaran tempatan.

DDI PETIK DARI JORAN RUANGAN POK MUD

Sunday, June 19, 2011

ANTARA PEMANCING JENGGO


Aca Naza

Mohd Nasaruddin
Dol Lah


Lisang Lempit


Aziz Mohd Jaafar

Ismile Ahmad

Muhammad Asheq

Khairul Hasni Zamuri

Mohamad Rahim

As 'N' Ida

Lan Pitong


Norman Maman


Ridzuan Kodomolion


Penat Kojek


Noor Aim Aiman


Sedo Snips