Monday, July 25, 2011

JENGGO GORENG IKUT SUKA KU...

JENGGO GORENG IKUT SUKA KU

JENGGO YG TELAH SIAP DIBERSIHKAN

BAHAN-BAHAN UNTUK DI CAMPURKAN
BAWANG BESAR
LADA KERING
ASAM KEPING
GARAM
KUNYIT
BAHAN TADI DI CAMPURKAN DGN JENGGO SEHINGGA RATA
JENGGO SIAP UNTUK DI GORENG
PANASKAN MINYAK DAN GORENG
JENGGO SIAP UNTUK DIMAKAN
MANISSSSSSS
JENGGO TANJUNG KARANG

Sunday, July 24, 2011

BAJU KELAB JENGGO

TEMPAHAN BAJU BOLEH DI BUAT DI LAMAN FACEBOOK....
DAN BOLEH TEMPAH DGN MENHANTAR SMS KE 019-3843442.
BAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN MAYBANK
NAME: MOHD NASARUDDIN BIN MOHD NASIR
NO AKAUN:162478030328

UNTUK PENGESAHAN BAYARAN SILA SMS
(NAMA)(KUANTITI BAJU DAN SAIZ)(TARIKH)(MASA TRANSAKSI)(RM) HANTAR KE-0193843442..

JIKA TEMPAHAN DAN BAYARAN DAPAT 50 PCS BAJU AKAN DIPROSES AWAL...
TERIMA KASIH....

SEMOGA TRIP SELEPAS RAYA DAPAT KITA PAKAI...

TRIP TANJUNG KARANG 24 JULY 2011



Trip Tanjung Karang

ketua trip: Abu Bakar Ali

Ahli jenggo yang join:

1. Mohd Nasaruddin Bin Mohd Nasir
2. Noor Aim Aiman
3. Sedo Snip
4. Mohamadrahim Rahim
5. Deky Abdul Hamid ( ahli baru kenal)

kos trip

sewa bot RM 15 ( berdayung)
umpan pumpun RM 30/3bekas

masa 9.00pg-6.30 ptg


jeti persatuan nelayang kuala selangor, tanjung karang

bahagian hulu sungai yg mempunyai jenggo yg bagak bagak kata org berpengalamn di sini.

disini tidak ada tempat untuk sewa bot, jika mempuyai bot sendiri bolehlah bertandang kesini

seorang yg tidak dikenali melabuhkan umpan di jeti telah menaikan sepit biru bersaiz bagak yg membakar semangat kami pada pagi ini.

udang galah yg telah dipancing di jeti oleh abang tadi

jenggo pertama yg diperolehi oleh bro sedo snip dan pertama dalam hidupnya mendapat jenggo besar...

selang beberapa minit jenggo kedua berjaya di daratkan...memberi semangat kepada beliau untuk terus menduga lubuk jenggo di tanjung karang
akhirnya chip berjaya menaikan jenggo yg bersaiz besar pada trip ini....udang ini naik beberapa minit selepas jenggo bro sedo yg kedua...

bro rahim dan bro deky baru sahaj masuk lubuk dan tengah memasang umpan untuk dilabuhkan

bro aiman sedang menari joran yg telah diragut oleh pemangsa yg tidak di undang ( bedukang) sambil diperhatikan oleh bapak....

bro deky telah menaikan ikan duri semasa berada di bawak sebatang pokok mati ditengah sungai..pada masa yg sama bro rahim sedang menarik jorannya yg telah di rentap oleh pemangsa

pada sebelah petang bro aiman pula berjaya menaikan jenggo....

begitu juga bro rahim yg berjaya menarik jenggo...



setibanya di jeti kami mengemas barang baran serta hasil tangkapan untuk dibawa kedarat, bro aiman tenga mengikat set pancingnya serta bro nasar(chip) sedang mengambil ikan bedukang dan duri untuk dibawa balik buat ikan masin.



bergambar kenag kenagan di jeti sebelum pulang dan akami akan aturkan trip seterusnya ke tanjung karang.

bro sedo snip dengan 2 jenggo besar yg dapat ditewaskanya

bro nasa (chip) bergambar dgn jenggo sebagai bukti disini mempunyai jenggo yg besar dan tidak menghampakan ahli yg join trip kali ini..

bro burn menunjukan tanda bagus, dan seronok melihat kwan kawan yg mengikuti trip yg diketuai olehnya dapat merasa taikan jenggo walapun hasilnya kurang..



hasil bro nasa (chip) pada trip kali ini..



dan hasil sampingan dalam trip kali ini pelbagai jenis ikan duri diperolehi.


setelah seharian berada disungai melayang kerenah udang dan ikan kami singga di kedai mee udang di hadapan masjid kuala selangor betul betul sedappppp...


di bawah ini adalah sedikit rakaman video semasa trip 24 july 2011

terima kasih
mohd nasaruddin bin mohd nasir
chip jenggo club



















































AIMAN POTONG TALI


ADA ORG KENA SEBAT


TALI AIMAN SANGKUT DGN SEDO


ANAK BAPAK

Thursday, July 14, 2011

penghijrahan jenggo

Selama 3 bulan kajian kami keatas habitat semulajadi jenggo2 ni kami mendapati ada satu perkara yg menjadi faktor utama yg mempengaruhi corak penghijrahan jenggo yg suka berubah tempat ketika memakan umpan. Faktor ini juga disokong oleh hampir semua otai2 jenggo yg berpengalaman yg memancing menggunakan bot.

Corak penghijrahan jenggo ini berkait rapat dengan fenomena pasang surut air laut. Pada ketika air laut pasang besar terutamanya ketika 13 - 15 haribulan melayu dan 29 - 1 haribulan melayu jenggo didapati jenggo lebih banyak berhijrah ke hulu sungai, ini disebabkan limpahan air laut yg masin yg memasuki sungai membuatkan jenggo terpaksa bergerak kehulu sungai dan mencari makan dikawasan hulu sungai. Oleh itu adalah disarankan jika anda ingin memancing jenggo supaya bergerak dari satu tempat kesatu tempat kearah hulu sungai pada ketika air pasang besar. Pada ketika ini jenggo yg bersaiz besar lebih banyak bertumpu mencari makan dikawasan tengah yg berarus perlahan. Umpan terbaik ada lah anak udang beras. Jenggo yg bersaiz kecil dan sederhana lebih bertumpu dikawasan tebing yg mempunyai tempat berlindung dan bersembunyi. Ketika air mulai surut kadar penghijrahan jenggo untuk mudik kemuara sungai amat perlahan tidak secepat mereka berhijrah kehulu. Jadi pada ketika air surut anda harus mengubah tempat memancing anda kembali kehilir secara perlahan2.

Pada ketika air laut mati, dimana tiada arus atau air laut masin yg banyak memasuki sungai jenggo tidak banyak berhijrah, sebaliknya lebih banyak memburu dikawasan yg selamat dari pemangsa. Pada ketika ini jenggo harus dicari di tempat yg mudah untuk mereka berlindung saperti dibawah kayu kayan atau akar2 pokok nipah. Biasanya pada ketika air mati, jenggo suka berkumpul beramai di satu2 tempat, jika terjumpa tempat mereka berkumpul...alhamdullilah. Jadi pada ketika air begini adalah lebih baik kiranya kita mendapatkan saranan dari jurupandu port2 yg lebih mengetahui port terbaik.

Wednesday, July 13, 2011

PETUA MEMANCING JENGGO

Seminggu baru2 ini saya dan otai zamri buat survey jenggo lagi, kali ini tentang sudut kedudukan ketika meletakan rod dan ketegangan tali pancing sewaktu memancing jenggo. Hasil survey adalah saperti berikut :-

1) Rod yg diletakkan pada sudut mendatar pada kedudukan 20 - 45 darjah adalah lebih banyak mendatangkan hook up berbanding kedudukan yg lain.
2) Rod yg mempunyai tip yg kecil dan lembut lebih tinggi kadar hook up nya, tidak kira samada rod tersebut panjang atau pendek. Yg penting adalah kelembutan tip nya.
3) Tali pancing yg 80% - 90 % tegang sewaktu melabuhkan umpan lebih tinggi kadar hook up nya. Kadar mendapat jenggo bersaiz besar juga amat tinggi. Tali hanya perlu sentiasa tegang ketika bertarung dgn jenggo.

Sedikit tip2 dan petua2 yg kami dapati dari otai2 jenggo di kawasan ini ilah saperti berikut:-
1) Jika anda ingin memancing jenggo bersaiz besar, guna umpan anak udang beras.
2) Rajin dan kerap memeriksa umpan, kerana jenggo besar lebih suka makan secara senyap. Yg kelihatan hanya tip joran melentur secara lembut menandakan jenggo besar sedang menarik umpan, berikan sedikit masa untuk jenggo menelan umpan. Tarik dgn henjutan joran keatas secara lembut. Ketika bertarung dgn jenggo besar pastikan kedudukan joran sentiasa menegak pada sudut 45 - 50 darjah dan tali hendaklah sentiasa tegang. Jika tali kendur peluang untuk jenggo rabut adalah tinggi.
3) Jika memancing dari atas bot dan jenggo terlalu luar biasa ramahnya memakan umpan. Berhenti dan berehatlah sekejap. Jika kelihatan ada ranting2 kayu kecil dan daun2 timbul dari dasar sungai...angkat sauh dan ubah tempat. Itu tandanya pak tiri sudah mulai marah.
4) Perambut yg paling baik ialah ladung hidup bersaiz no.3/no.4 diletakkan pada tali utama dan disambung dgn swivel kepada perambut mata kail panjang aggaran 6 - 7 inci dengan mata kail no 4/no 5. Perambut ini adalah perambut favourite otai disini.

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu peminat2 jenggo

Tuesday, July 12, 2011

INFO KHAS BUAT PEMANCING JENGGO

By bro Ramlee Abd Wahab

INFO KHAS BUAT PEMANCING JENGGO

Udang galah alias jenggo merupakan spesis pemangsa yg sentiasa menjadi idaman kaki2 pancing. Memancing jenggo ini sebenarnya memerlukan ketelitian, kesabaran dan keseniannya yg tersendiri. Biasanya jenggo lebih mudah dipancing dgn menggunakan sampan atau perahu disbbkan mudah untuk beralih tempat dan mencari lubuk. Malangnya tidak ramai pemancing yg mampu memiliki atau pun menyewa sampan untuk mencari jenggo. Alternatif yg ada hanyalah dgn memancing dari tebing2 sungai , jeti2 kecil dan jambatan yg merentasi sungai.

Saya bersama –sama dengan seorang otai udang dan seorang anak muda yg baru hendak mengenal dunia memancing jenggo telah melakukan kaji selidik tentang teknik, strategi dan bentuk aliran sungai yg disukai oleh jenggo sekiranya kita ingin memancing jenggo dari tebing, jeti dan jambatan. Kami juga membuat temubual dgn hampir setiap pemancing yg ditemui bagi mendapat maklum balas tentang tabiat dan habitat jenggo yg mereka ketahui dan kenali. Kaji selidik tersebut telah dilakukan selama hampir tiga bulan disetiap lokasi popular di Sungai Kerian, Perak. Tujuan kaji selidik tersebut adalah untuk membantu menyalurkan informasi bagi memudahkan pemancing jenggo yang memancing dari tebing, jeti dan jambatan.

Faktor-faktor yg dititik beratkan didalam kaji selidik tersebut :-

1) Pengaruh perubahan suhu dan air kepada jenggo

2) Umpan2 yg menjadi kegemaran jenggo

3) Perambut2 yg terbaik untuk jenggo

4) Lokasi dan bentuk aliran air yg disukai jenggo

Berikut adalah hasil kajiselidik yg telah kami jalankan, diharap ianya dapat membantu peminat2 jenggo didalam pemburuan mereka, terutamanya yg terpaksa memancing dari tebing, jeti dan jambatan.

Jenggo bergerak dalam kumpulan dan adalah spesis haiwan yg tidak berhenti makan, mereka adalah spesis yg pelahap, mereka makan tanpa mengira waktu atau keadaan air. Cuma yg perlu kita ketahui ialah bila dan dimana kumpulan jenggo2 ini galak dan rakus memakan umpan. Pengaruh dan perubahan suhu dan air memainkan peranan yg paling penting kepada kerakusan jenggo memakan umpan. Suhu air yg sejuk akan membuatkan jenggo tidak galak memakan umpan. Keadaan ini akan membuatkan jenggo lebih suka berpindah ketempat2 yg lebih panas suhu airnya. Jenggo lebih galak memakan umpan pada ketika air beralih surut sehinggalah air surut sepenuhnya.

Pada ketika air pasang penuh jenggo sukar dipancing kerana ia lebih suka memburu dibawah timbunan kayu kayan dan akar2 nipah dikawasan bertebing. Pada ketika air mulai surut jenggo akan keluar memburu dikawasan pertengahan sungai. Musim terbaik untuk memburu jenggo ialah pada ketika musim panas/kemarau. Jenggo juga menjadi galak jika cuaca panas selepas dua atau tiga hari hujan turun. Masa terbaik pula ialah ketika awal pagi hingga sebelum tengahari, lewat petang hingga keawal mlm.

Umpan2 yg kami gunakan adalah umpan yg popular dan selalu digunakan oleh pemancing2 jenggo kawasan tersebut iaitu umpun2 nipah dan udang beras. Umpun2 nipah mestilah yg bersaiz kecil, yg hanya betul2 muat mata kail. Umpun2 yg bersaiz besar hanya akan merugikan anda malah kerap mengundang anak2 ikan mencurinya. Umpun2 ini adalah umpan universal untuk semua saiz jenggo. Udang beras pula amat digemari oleh jenggo yg berskala besar, malangnya udang beras ini sukar didapati. Ianya harus dipesan terlebih dahulu dari nelayan2 pemancing udang. Satu perkara yg perlu diambil kira dgn teliti ialah ketika memasang umpan pada mata kail pastikan umpan kemas dan muat betul2 mengikut bentuk mata kail, pastikan hujung mata kail sentiasa tajam dan keluar sedikit dari umpan. Jika menggunakan udang beras pastikan anda mencangkuk umpan dari ekor dan hujung mata kail keluar dari kepalanya.

Kami menggunakan 6 jenis perambut mengikut keadaan aliran air, kawasan yg mudah sangkut , mudah dimakan jenggo dan saiz jenggo yg hendak dicari. Tali perambut berkekuatan 20 lb. Ladung bersaiz no. 5 dan no. 6. Mata kail berbentuk sabit bersaiz no. 3 & no. 4.

1) Ladung hidup pada tali utama, disambungkan dgn swivel sebagai stopper kepada perambut mata kail. Panjang perambut mata kail anggaran sejengkal. Hanya satu mata kail. Ianya amat popular dikawasan ini. Kadar tangkapan 80% untuk semua jenis saiz jenggo. 20% anak2 ikan. Kadar sangkut pd kayu dan akar 10%. Digunakan pada setiap jenis aliran air, terutamanya sewaktu air sedang beralih surut.

2) Ladung hidup pada tali utama, disambungkan dgn swivel sebagai stopper kepada perambut mata kail. Perambut mata kail bercabang dua dgn dua mata kail. Setiap satu panjang sejengkal. Kadar tangkapan 60 % untuk semua saiz jenggo. 40% anak2 ikan. Kadar sangkut pd kayu dan akar 50%.

3) Ladung hidup ditali utama, disambungkan dengan swivel kepada perambut mata kail panjang dua jengkal dimana setiap satu jengkal diikat dgn mata kail, satu diatas satu dibawah secara bertindan. Kadar tangkapan 50% saiz jenggo berskala besar. 20% saiz kecil dan sederhana. 30% anak2 ikan. Kadar sangkut 30%.

4) Tanpa ladung. Tali utama disambungkan dgn swivel bersaiz besar 2/0 atau 3/0 kepada perambut satu mata kail panjang sejengkal. Kadar tangkapan 80% untuk semua jenis saiz jenggo. 20 % anak2 ikan. Kadar sangkut pd kayu dan akar 10%. Amat baik digunakan pada tempat yg berkayu dan berakar, terutamanya ketika air sudah pasang penuh.

5) Ladung hidup diletakan pada tali perambut sepanjang dua jengkal. Pada jarak satu jengkal diletakkan stopper bagi menahan ladung. Mata kail diikat dihujung perambut. Perambut ini kemudiannya disambungkan pd tali utama dgn swivel. Kadar tangkapan 60% untuk saiz berskala besar. 30 % saiz kecil dan sederhana. 10% anak2 ikan. Kadar sangkut pada akar dan kayu 20%. Digunakan untuk semua aliran air.

6) Perambut saperti perambut ikan dilaut, dgn satu mata kail dan ladung di sebelah bawah. Kadar tangkapan 50% untuk semua saiz jenggo. 50% anak2 ikan. Kadar sangkut 30%.

Jadi terpulanglah pada anda untuk meneliti statistik perambut ini. Statistik ini berdasarkan kepada kekerapan tangkapan yg telah dibuat menggunakan dua batang joran setiap seorang. Semoga data statistik ini dpt membantu anda memilih perambut yg sesuai dgn pemburuan anda.

Lokasi dimana jenggo kerap galak memakan umpan adalah dikawasan dimana terdapat aliran air yg membentuk teluk, dikawasan bertebing yg dalam, dasar berlurah dan berbonggol dan di kawasan yg mempunyai kayu kayan dan akar2 tenggelam.

Jenggo mempunyai berbagai cara memakan umpan, ada yg ganas, ada yg lemah lembut dan ada yg makan secara diam. Cara terbaik adalah dgn kerap memeriksa pancing anda. Berikan perhatian kepada setiap joran yg ada. Jika anda ingin menjadi pemancing jenggo yg baik, anda tidak boleh malas. Anda harus selalu bertukar tempat sekiranya jenggo tidak ramah disatu2 kawasan. Seperkara lagi sekiranya banyak jenggo yg galak memakan umpan di satu2 kawasan itu , anda hendaklah sentiasa berwaspada kerana banyak jenggo bererti adalah kawan baiknya sang bedal. Semoga info ini dapat membantu pemancing jenggo semua. Selamat menjenggo!

Sunday, July 3, 2011

MenJENGGO pada 02/07/2011 Bersama Wak Puyim,Sedo & The Gang

ahli yg turut serta dalam komplot jenggo sungai manggis semasa berada di jeti
menunggu tauke bot menurunkan bot dan persiapan barang - barang untuk menuju kelubuk
bro sedo merempit menuju ke lubuk dimana jenggo sedang menunggu umpan dilabuhkan
Bro Mohd Azrul Ayoi Timoq dengan udangnya yang main gimnastik...hihiiii.jpg
Bro Mohd Azrul Ayoi Timoq bersama hasil pancingannya....jpg
Bro Mohd Azrul Ayoi Timoq bersama dengan Udang Galah...Ni first Strike tuk Double Trouble....hihiii.jpg
Inilah Hasil Pancingan Saja-saja.......jpg
Bersama udang Dara.......jpg
Bersama dengan Sifu Puyim Mahpol, HjHassan Hj Md Said, Affendy, Mohd Azrul Ayoi Timoq dan Member.jpg
Alhamdulillah...Rezeki DaripadaNya.....jpg
Alhamdulillah........ hasil pancingan tuk kali ini Abg Haji juga yang terbanyak....Tahniah Abg Haji.....jpg
Bro Affendy dan Mohd Azrul Ayoi Timoq....masing2 dengan hasil pancingannya..jpg