pergerakkan peserta bermula dari jam 4.00 pagi di check point pertama iaitu masjid bandar baru sungai buloh. selepas itu kami bergerak ke check point kedua iaitu di jambatan timbang selepas Kuala Selangor. Setelah ahli yg perlu ada di check point kedua itu cukup kami terukan perjalan ke destinasi.
foto 1: gambar semasa perjalanan menuju ke destinasi
setelah kami sampai di check point terakhir iaitu RnR sebelum jambatan teluk intan, kami berkenalan dgn ahli baru. dan bersalaman dan berkenalan antara satu sama lain. selepas itu AJK program mengutip yuran penyertaan bagi yg belum menjelaskan bayaran. sambil menunggu peserta yg belum tiba, peserta yg lain memeriksa kelengkapan dan peralatan yg hendak dibawa ke medan pertempuran.
selepas itu kami bergerak ke jeti tidak jauh dari situ untuk memindahkan kelengkapan kedalam bot. di masa yg sama juga pengusaha bot sedang mempbuat persiapan terakhir. En musa dan anaknya memasang enjin dan membuat ujian sebelum trip bermula.
Selepas itu bro roslam sampai dgn membawa sarapan mehun goreng dan nasik lemak serta kuih muih...di tambah pula air kopi panas. kami bersarapan terlebih dahulu sambil menunggu persiapan terakhir oleh pengusaha bot. selepas sarapan ketua trip Bro Roslam memberi sedikit taklimat kepada peserta trip kali ini.
foto12: ketua trip memberi taklimat kepada peserta
gambar kenangan semua peserta
foto 15: para peserta telah dilepaskan untuk mencari lubuk jenggo ....
Jam 8.00 bermulanya acara memancing udang galah. ada yg menuju ke hilir dan ada yang ke hulu.. menduga lubuk yg berpenghuni sepit biru....sehingga jam 6.00 ptg. semua peserta pulang dgn membawa hasil tangkpan masing masing menuju ke jeti.setibanya di jeti AJK dan Pengadil bersiap sedia untuk mengukur dan menimbang hasil tangkapan peserta. Kami berkumpul di RnR untuk mengadili setiap peserta...jumlah keseluruhan hasil tangkapan ialah 11.45kg . dibawah ini adalah gambar pemenang pada trip ke 3.
penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En musa selaku pengusaha bot sewa jeti batu 5.
tempat ketiga terberat : bro Rahim = 820 gram
tempat kedua : bro Roslam = 900 gram
tempat pertama terberat dimenagi oleh: Iskandar = 980 gram
tempat ke tiga terpanjang : bro Osman = 20.8 inchi
tempat kedua terpanjang: bro padil = 21.2 inchi
juara pusingan ke 3 : bro rehan = 21.25 inchi
kumpulan Lipas telah menjadi juara kumpulan terberat.
pengerusi menyampaikan cederamta kepada En Musa tanda penghargaan kelab kepada beliau menyediakan bot untuk kami..
sekian sahaja untuk kali ini
next trip Sungai Panjang 18 disember 2011
by
nasaruddin
019-3843442
sekian sahaja untuk kali ini
next trip Sungai Panjang 18 disember 2011
by
nasaruddin
019-3843442